Tuesday, December 22, 2009

HARGA SEBUAH IKATAN...

Mungkin ini suatu permulaan yang baik..aku mulakan nukilan ku dengan kisah hari bahagia bagi pasangan insan yang telah dijodohkan sejak azali.
walaupun usianya baru 21 tahun, aku lihat senyuman lebar sentiasa terukir di bibirnya. inikah mungkin yang dikatakan bahagia. Izzah Nadhirah bt Mohd Daud, sepupu ku, anak sedara kepada bondaku telah selamat dijabkabulkan tanggal 19 Dis 2009 bersamaan 1 Muharam 1431H,1 tarikh yang amat bermakna kepada umat Islam apatah lagi untuk sepupuku yang akan memulakan fasa baru dalam hidupnya,,,apa yang mampu ku lakukan adalah iringan doa agar kedua2nya mampu menghadapi kehidupan suami isteri yang harmoni seterusnya melahirkan keluarga sakinah dan mawaddah, insyaAllah...

Dan kali pertama jugalah aku mengikuti majlis nya ini dari majlis akad sehingga menghantar ke rumah pengantin lelaki sepenuhnya. HATIku turut merasai gementarnya pak uda dan mak uda ku tatkala menyerahkan anak sulung pengarang jantung mereka ke tangan insan yang kukenali sebagai Zul. Harapan ku mungkin sama seperti pak uda n mak uda ku, agar Zul mampu menjaga, membimbing dan menghargai sepupu ku sepenuh hati kerana Allah. Hatiku terusik tatkala sang suami berjaya melafazkan sekali akad justeru sah memiliki sepupuku sebagai isteri.Mungkin ketika itu dia percaya akan kata2 'Isteri adalah Anugera...".Alhamdulliah...maka menangislah iblis dan syaitan yang tidak berjaya menghasut mereka kearah maksiat..HATIku tidak ketinggalan berdoa agar majilisku juga nanti dipermudahkan seperti mereka.amin...terdetik diHATIku juga APAKAH HARGA SEBAUH IKATAN INI? ramai mungkin bersetuju jika jawapanya..TIADA HARGA ATAU NILAI..YANG ADA CUMA HARAPAN DAN IMPIAN..harapan n impian untuk kekal bahagia selamanya...semoga ikatan ini berkekalan dan diredhai Allah.