Monday, April 5, 2010

MUNGKINKAH LAGI KITA AKAN BERTEMU...

3hb4(Sabtu): Sedang aku masih lagi mamai2 bangun tido juga masih pening tentang exam PTD yang tak lama lagi, aku terima satu panggilan dari sahabat sekolah lama. Deq-Bong gelarannya, "kak, ko nak ikut  tak gi kenduri syura ari ni...kul 11 aku jemput?" Dalam hati terkejut...pe tak nya aku baru tahu, dahla kul 10 lebih masa tu,,kul 11 nak gi dah...tapi kalu tak ikut mesti rugi...dapat jumpe kawan2 lama. Maka aku mengambil keputusan untuk turut serta. Dengan kelam kabut aku terus iron baju...mandi dan bersiap.yang hampehnya...bile aku dah siap, rupa2nya jam baru kul 10...hahahahaha..pe lagi kene ketawakan ngan mak..tula, kalut sangat aku ni...jadi sebenarnya tadi aku tgk jam tu baru kul 8.55 la...tatkala itu juga, kawasan rumah ku riuh rendah dengan bunyi DJ pengantin bercakap-cakap dan memutarkan lagu2 kemeriahan. Dalam ati,,,"rumah depan kenduri aku x gi, rumah kawan yang jauh2 lak gi"..hehehe takpela ade wakil mak n bapak..serta adik2 ku.
Tepat jam 11.05, De-Bong call, "kak, aku dah sampai kat 7eleven ni...cepatla" aku pun bergegas ke sana. Sengaja aku suruh dia tunggu di sana supaya tak masuk ke kawasan rumah aku yang sesak dek kerana kenduri kahwin anak jiran ku. Seronoknya jumpe deq-bong, alin, deq-na n azwa...sume masih lagi kepoh macam dulu. Dalam kereta masing2 bercerita tanpa henti,,,,nasib bik aku bawa air masak..hehehe Deq-bong expert gile bawa kete...laju nak mampus..kene ngucap panjang la...tapi msg2 relax je...sebab dah tau dia mmg bw kete laju. Sepanjang jalan itula terungkitnya kembali kenangan pahit manis di SMAHMY, sebagai pelajar asrama..maka banyakla kisah2 duka suka tu...azwa masih ingat lagi bagaimana di n geng len kene rotan dek ustad wan kat punggung sebab dengar radio...masa tu hangat lagu ezlyn hye2 bye2 ,,amik ko kene rotan xpasal2. bukak kuat2 agi, ustad kat bawah leh dgr...yang tak tahan ustad leh nek ketuk pintu lagi msg2 x sedar...Pasti ramai tertanya kan, jadi kesalahan ke dengar radio? Kami bersekolah di SMA...memgla haram wat aktiviti lagho ni..lagi2 membawa barang2 haram ke asrama. Aku pun teringat juga aku pun pernah kene rotan, atas alasan aku terlupa untuk menutup pintu bilik...tapi kat tangan jela...tangan2 pun sakit mak oiiiii smpai skrg ingat..Mesti HAIRAN kan???? sebenarnya lokasi aspuri adalah berhadapan aspura, cume lebih jauh ke kiri sedikit, jadi,,budak2 laki mestila lalu depan aspuri lu kalu nak ulang alik ke sekolah n kantin...sebab tu la ade peraturan kene tutup pintu,,,untuk elakkan aurat budak2 pempuan nampak dek dorang...Selain tu, sempat gak kitaorang ngumpat ustazah norliah yang bengis mcm rimau...pe tak nya bila datangnya dia, hidup kita org budak asrama ni sengsara....Macam2 lagi cerita yang kami ingat sampai sekarang...lagi indah bile memori itu memang kita bersama terlibat..Saat itu aku teringat lagu, Andai boleh ku putar waktu...aku akn betulkan pe yang salah sekarang.....tapi mustahil..life must go on...
Borak punya borak, kejap je dah sampai...cuaca sangat terik ketika itu...rasa macam nak rendanm kolam...hehehe..tp sejuk bila melihar ramai lagi yang datang...makna taknya hampir 9 tahun kami semua tidak bertemu,,,bile bertemu macam ni..ade yang dah kawin, ade anak 1, tak kurang gak yang masih single macam aku...tak snagka dulu gi sek selebet2 skrang sume dah ade kerjaya n family sendiri...not bad gak kawan2 ULU GADONG aku ni...sebenrnya terasa seperti majlis reunion sek lak...lupa pada sahabat ku syura...SELAMAT PENGANTIN BARU...Semoga berbahagia sehingga akhir hayat bersam suami tersayang ye...AKU BILE LA LAGI ERK???sempat  lagi berangan tuh...Tak sangka sorang2 kawan2 ku yang dulu same2 belajar dah kawin...mmm...that is life kan...umur n masa yang akan mengajar kita erti kehidupan...
Tak sangka masa pergi begitu sahaja, sedar tak sedar masing2 sudah berumur 24 tahun..mmm..tgkla gambar2 mereka...nampak matured kan..tapi masg2 gile2 lagi macam dulu...tula, kalu perangai tu mmg tak berubah,tapi aku senang, kerana masing2 tidak hipokrit, tergambar lukisan wajah mereka yang kami saling merindu..rindu saat kehidupan di asra dahulu...aku abadikan kenangan ini selama-lamayan...suara hati aku ini aku dedikasikan buat sume kawan SMAHMY,,,jujur dalam hatiku...aku MERINDUI saat-saat kita bersama..Saat-sat kita PREP..Saat-saat di denda...saat-saat dimarahi..saat-saat dibuli senior..saat-saat kita pulak buli junior..hehehe..sumenyelah...Semoga kalian mengecapi kehidupan yang bahagia selamanya dan di redhai Allah swt..AMIN...MUNGKINKAH LAGI KITA AKAN BERTEMU??? Aku akan terus mengharap agar kita semua dipertemukan lagi dalam suasana bahagia..kalau boleh satu batch...amin...

Thursday, April 1, 2010

BUKU OH BUKU...EXAM OH EXAM

Agak lama juga tiada coretan hati mahupun info aku tulis di sini. Tiada kesempatan masa untuk aku mengadap laptop ini walaupun seketika...makin hari makin banyak tugas yang perlu aku siapkan...akhirnya, keletihan...niat di hati hari2 ingin ku tulis pe2 yang menarik dalam blog ini. Tula, org len wat blog aku pun nak...last2 tebengkalai. Tapi xpelah, bkn org baca sgt pun blog ni...sekadar ngisi masa lapang n kepuasan diri. yang penting aku x ganggu n kacau org...hehehe
Pening la cari buku untuk exam PTD(Pegawai tadbir&diplomatik)...ade, tp byk kene beli kat internet.mals tul. aku nk cepat...semalam br dapat tau nama aku tersenarai dalam peperiksaan kemasukan perkhidmatan awam gred41.HUH! FUHH! Aku nak jawab pe.ramai kata exam ni susah giler2.aku peduli pe..tp,,,,aku nak gak la bawa senjata ke medan perang. setidak-tidaknya ada jugala persediaan untuk menjawab soalan2 exam tu.
Member sekerja aku E-cah pun dapat gak exam ni...tp yang lawaknya ye dapat jawatan PEGAWAI KASTAM..hahaha. Aku tak terfikir pun nak amik jawatan tu.Alasannya, dia pilih jawatan tu sebab tak payah nak pk byk sgt,,,juz tau undang2 leh dah wat keje tu..atleast dia ade alasan. AKU???men pilih je...sebab pernah dengan jawatan PTD.hehehe ntah pe2 je aku ni. ulang alik aku n dia cari buku yang sewaktu dengannya, tp x jumpe.akhirnye..carila tjk2 sesuai yang ade dalam buku2 nota PTK mak aku...kira OK la tu kan..
Try tgk la mlm ni ke sok ke kat BINTANG n ZIPLEE...kot2 ade.Ari tu amik Mtest untuk KPLI pun xtentu dapat lagi..tp arap2 dapatla.Bile la aku leh dapat keje tetap ni...senang sikit nak kawal budget aku bulan2. keje kontrak kat MARDI ni tak tentu...macam perumpamaan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang...macm teruk je bunyinye..hehehe coz aku gaji ari...terpakasala berhutang ngan mak aku je..teruk tul.serupa tak yah keje kan. Tapi aku cakap ni berdasarkan FAKTA...sesiapa yang tinggal di kawasan bandar dan berpendapatan bawah RM1000 adalah dikategorikan rakyat yang MISKIN BANDAR..wawawa...aku tergolong ni...
Ape2 pun, aku akan trus berdoa n berusaha,,,mesti ada rezeki buat aku yg Allah dah tentukan...kenela bersabar sikit...amin...

Monday, January 25, 2010

HEPI BESDAY TO ME.............

25 Januari 1986..tarkh mak aku lahirkan aku..maksudnye..tarikh lahir aku lah..hehehe..
huhu 24 tahun dah aku hidup..xsangka tul..maksudnye selama 24 tahun gak la mak bapak aku bela aku..lama tuh...time kasih mak n bapak..kerna sanggup jaga n pelihara aku...sedih lak rase..mmm..bile pk2 xde ape pun y aku dah wat selama 24 thn ni..byk bende tapi mcm xde bende..hehehe tu pasal la aku rase tetiba nk wat kek sendiri thn ni...jadi la..tp xbape nek sgt..tp lehla mkn ..1st time wat...jap agi aku letak pic kek aku tu ye...
xde pe y menarik ari ni...seperti besa org yg ingat akn wish kat aku..org yg x ingat . wat2 x ingt xla wish aku..its ok..aku pun dah tua..xyah la mengharap sangat kan...tp bestnye aku dapt call member2 lama mase u lu..sakit gak la tekak ni...kering rase..mane x nye..dr sorg kr sorg..ak call..wat rakan2 y celcom sorila xdpt call la..heheh...maxis ni pun bg sehari je..nak xnk call jela sape2 1 ari ni..

mcm mane? terliur x tgk kek aku ni???aku jamin korang xkan dapat dimane2 kedai pun..heheh
gile byk coklat tuh...yummmmmm...

tp serender la nk wat lg..xsangka sush nk wat..perlukan kesabaran n minat..ceh..macm nk pilih course study je....mgkin aku x minat kot bab2 kek2 kuih2 cookies2 ni..leceh la...dalam erti kata len ..MALAS..hehehe..pe2 pun pe y aku harapkan thn ni aku dilimpahi rezki n rahmat dari Allah..amin..doaku..YA ALLAH..ampunilah segala dosa2ku, dosa2 kedua ibu bapa ku adik beradik ku,sedara mara ku..tunjukkanla jalan Mu pada ku..agar aku sentiasa dilandasan Mu..kuatkanla Iman dan Taqwaku pada MU..limpahkan rahmat Mu, rezki Mu..kasih syg MU...Jauhikanlah kami dari azab neraka MU,,,berikanla jalan kebahagiaan ku dunia dan akhirat..AMIN,,,...SELAMAT HARI LAHIR norzawani bt rosali...

Tuesday, January 12, 2010

Disebalik tarik lahir ku...25-01-1986

Rahsia Tarikh Lahir Kaedah Sains Metafizik.
Mengungkap Rahsia Tarikh Lahir Anda Dengan Menggunakan Kaedah Sains Metafizik Dengan Ketepatan Sehingga 90%. Percayakah Anda, Tarikh Lahir Anda Menceritakan Segalanya.

Tip Mengenal Diri Sendiri Melalui Tarikh Lahir- Dr Fadhilah Kamsah.
1. Pemimpin
2. Lembut
3. Kemas (Cerewet)
4. Rajin
5. Boleh berbincang
6. Angin
7. Patuh
8. Bisnes
9. Glamour

Contoh: 25 01 1986
2 + 5= 7
Maka kotak pertama adalah 7..

Kemudian campurkan kesemua nombor..
2 + 5 + 0 + 1 + 1 + 9 + 8 + 6 = 32
Kemudian hasil campur yang lebih dari 9 akan dicampur lagi seperti:
3 + 2 = 5
Maka kotak kedua adalah 5..

Selepas itu kotak pertama akan dicampur ngan kotak kedua
7 + 5 = 12
Oleh kerana hasil campur lebih dari 9 maka dicampur lagi
1 + 2 = 3

Maka kotak ketiga ialah 3..

hasilnya..
7: Patuh
5: Boleh berbincang
3: Kemas(cerewet)

Rahsia Personaliti Dari Kiraan Tarikh Lahir..Mari Kita Kira..

Contoh:
25 Januari 1986
25+ 1 + 1986 =2012
2 + 0 + 1 + 2 =5 (Jadi nombor lahirnya ialah 5)


Keterangan nombor lahir

1. Ketulenan
- Hadir dengan idea baru.
- Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
- Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
- Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.
- Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.
Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.
2. Pendamai
- Dilahirkan sebagai diplomat.
- Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
- Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
- Mereka tidak suka bersendirian.
-Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
- Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.

3. Ceria
- Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
- Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
- Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.
- Mereka sangat popular dan idealistik.
- Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.

4. Konservatif
- Golongan ini sangat peka dan tradisional.
- Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
- Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
- Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian.
- Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar.
- Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
- Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.

5. Perintis
- Mereka adalah perintis.
- Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).
- Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat.
- Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi.
- Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
- Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.
6. Romantik
- Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.
- Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka.
- Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
- Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
- Mereka suka seni musik.
- Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
- Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.


7. Intelektual
-Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah. -
Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.
- Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.
- Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
- Mereka sangat suka berahsia.
- Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.

8. Penyelesaian
- Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
- Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
- Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
- Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif.
- Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
- Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.


9. Pelakon
- Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
- Mereka sangat penyayang dan pemurah.
- Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
- Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.
- Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
- Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).
- Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.

p/s: Untuk yg membaca, anda juga boleh mencuba. Bukan niat untuk mempercayai sesuatu yg karut tapi sekurang-kurangnya ini boleh membantu anda lebih bersemangat menghadapi kehidupan. Mana yang baik kita teruskan, mana yang tidak baik perbaiki ia kearah yang lebih baik.InsyaAllah...

Saya akui, kebanyakan yang dikaitkan dengan tarikh lahir saya di atas benar.Mungkin ini salah satu cara untuk anda mengenali diri anda....fahami diri sendiri sebelum kita memahami orang lain...